EDITOR

Dari pena  ed.LO-kfc


































Idea untuk menulis artikel mengenai seniwati Latiffah Omar ini bermula bila mendapati kekurangan berita mengenai dirinya. Memang diakui Latiffah Omar ini seorang seniwati yang agak istimewa berbanding seniwati klasik dahulu walaupun ada yang lebih cantik dan bergaya darinya. Dia memang mempunyai aura tersendiri dan tidak dimiliki oleh orang lain. Minat akan rupa dirinya yang diserikan pula oleh tahi lalat disebelah bibir kirinya disamping pertuturan dan gaya Latiffah yang lemah lembut itu menyebabkab sudah meminati dia sejak kecil lagi. Filem Bawang Puteh Bawang Merah 1959 merupakan daya tarikan yang paling kuat sekali. Peminatnya memang ramai dari semua peringkat cuma informasi mengenai dirinya agak sedikit.

Berita mengenai dirinya agak kabur, bergantung banyak kepada filem yang ditayangkan oleh pihak TV saja. Berita di akhbar dan majallah memang hilang terus. Minat kepadanya kembali bila mendapat berita dari saluran internet akan kesihatannya. Ini membuatkan banyak pencarian di internet tetapi agak mengecewakan kurang informasi. Informasi dari Sinema Malaysia juga kurang lengkap serta tidak tepat.

Jadi setelah melayari blog Filem Klasik Malaysia (FKM) dan beberapa blog lain terutama blog “seniwatizaiton” minat untuk mencipta satu blog khas untuk seniwati ini menjadi matlamat saya dan akhirnya inilah hasilnya . Satu blog oleh seorang peminat filem melayu klasik khusus untuk seniwati yang diminatinya itu telah lahir dan dinamakan LatiffahOmar-Klasik FanClubBlog Site atau Blog Kelab Peminat Klasik Latiffah Omar. Walaupun belum lengkap dan “sophisticated” tetapi sudah mengambil satu langkah yang positif. Insya’allah  dimasa hadapan akan memperbaiki kearah yang lebih baik lagi.

























Tujuan jangka panjang membina blog khas Latifah Omar ini adalah untuk menglamourkan semula zaman gemilang Primadona paling popular era 50an-60an ini. Semuga ia kekal menjadi kenangan yang berpanjangan sambil memberi info yang lebih lengkap kepada generasi sekarang dan juga akan datang tentang kewujudan seorang lagi legenda seni Negara khususnya di dunia perfileman. Selama ini kita tertumpu hanya kepada Tan Sri P. Ramlee saja. Harapan kita agar jasa dan sumbangan beliau ini juga diiktiraf dan diberi penghormatan yang sewajarnya serta penghayatan yang berpanjangan nilai seni yang terbina itu hingga ke anak cucu. 

Wassalam.




ed. Latiffah Omar - Klasik Fan 
YouTube : ed LO-kfc 

blog site : latiffahomar-klasikfanclub.blogspot.com


13.01 Perhatian pada para pengunjung budiman,___________________________________________________________

SALAM SEJAHTERA & SALAM PENGENALAN,
  1. BLOG INI HANYA BERBENTUK HIBURAN SAJA  (BUKAN KOMERSIAL) SAMBIL MEMBERI MAKLUMAT SEBAIK MUNKIN MENGENAI SENIWATI LEGENDA DAN PRIMADONA TERKENAL FILEM MELAYU KLASIK  PUAN LATIFFAH OMAR,
  2. DARI MASA KE SEMASA KAMI AKAN MELAKUKAN  “UPDATES “ TERMASUK BEBERAPA “ENTRY” ARTIKEL TERBAHARU MENGENAI PERFILEMAN SENIWATI INI. SILA LIHAT DI PAPARAN HOME JIKA  TERDAPAT SEBARANG “ENTRY” BARU DAN PAPARAN “ARKIB” PULA UNTUK ‘ENTRY” YANG TERDAHULU,
  3. KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN IDEA DAN MAKLUMAT DARI PARA PENGUNJUNG DAN PEMINAT BELIAU UNTUK MEMPERBAIKI LAGI BLOG INI SUPAYA MENJADI LEBIH BAIK DAN MENARIK,  
  4. SILA MAKLUM KEPADA KAMI MELALUI RUANGAN KOMEN ATAU E-MAIL  KEPADA  edlokfc@gmail.com JIKA ANDA ADA IDEA, MAKLUMAT TAMBAHAN ATAU PEMBETULAN FAKTA UNTUK BLOG INI SUPAYA IA MENJADI LEBIH BERINTEGRITI.  
Terima Kasih.
Ed. Latiffah Omar – Klasik Fan      

Nota untuk perhatian serta renungan (Disclaimer)
  1. Semua gambar, video dan artikel diambil/dipetik dari sumber sumber dari internet, akhbar, majallah dan VCD hanya  untuk tujuan rujukan.
  2. Semua penulisan dan  komen adalah pendapat atau buah fikiran penulis artikel/blog ini saja yang bersifat “amateur” dan bukan pandangan dari seorang yang pakar di bidang perfileman.  
  3. Sebarang kesilapan fakta atau munkin menyentuh perasaan individu lain baik yang masih hidup termasuk tuan punya nama diatas atau yang sudah meninggal dunia pihak kami memohon maaf.  
  4. Pihak kami tidak akan bertanggung jawab jika ada pelanggaran hak “copyright” mana mana individu atau organisasi oleh para pengunjung kami.
  5. Sekian terima kasih.  Hingga berjumpa lagi dan Salam 1 Malaysia.
Edited by : ed.LO-kfc   
COPYRIGHT© ed.LO-kfc@2012

No comments:

Post a Comment