FILEMOGRAFI SENIWATI LATIFFAH OMAR
READY!, ACTION……………….
READY!, ACTION……………….
(petikan dari filem “Lanchang Kuning” 1962 arahan M. Amin)
JADI, ADAKAH ITU FAKTOR KENAPA
LATIFFAH OMAR DIANGGAP SENIWATI
PALING LEMAH HATI ?
1. FAKTA LAKONAN (RINGKASAN)
Mula berlakon 1953
Filem terakhir 1973 (lakonan 1972)
Jumlah filem 35
Malay Film Productions, 8 | Cathay-Keris, 26 | Merdeka Film, 1
Pelakon Utama , 31 | Pelakon Pembantu, 1 | Pelakon Tambahan, 3
Filem pertama dan studio |
:
|
“Dahlia” 1953, keluaran Keris Film (producer: Ho
Ah Loke), Singapura arahan B. S Rajhans sebagai pelakon tambahan ketika
berusia 15 tahun.
|
Filem pertama di Malay Film Productions (MFP) |
:
|
“Kerana Kau”
1953 (pengarah K.R.S Sastry)
|
Filem pertama namanya dipopulerkan |
:
|
Panggilan Pulau” 1954 (pengarah S.
Ramanathan)
pembabitan latiffah mula dipopulerkan dalam majallah filem juga. |
Filem pertama pegang watak utama |
:
|
“Merana”
1954 (pengarah B. N Rao) dgn P. Ramlee
|
Filem terakhir di MFP Jalan Ampas |
:
|
“Putera
Bertopeng” 1957 (pengarah K.M Basker)
|
Filem pertama di Cathay Keris Film |
:
|
“Selendang
Delima” 1958 (pengarah K.M Basker)
|
Filem “Box Office”
|
:
|
|
Filem yang dapat sambutan baik |
:
|
“Merana”
1954, “Bawang Puteh Bawang Merah”
1959, “Raden
Mas” 1959, “Hang Jebat” 1961, “Lanchang Kuning” 1962, “Chuchu
Datok Merah” 1963, “Bayangan di Waktu Fajar” 1963, “Chinta Kaseh Sayang” 1965 dan “Gurindam Jiwa” 1966
|
Gandingan terbaik dengan pelakon lelaki |
:
|
Noordin Ahmad, contoh “Lanchang Kuning” 1962
Noordin mula digandingkan dengan Latiffah dalam filem “Hang Jebat” 1961 |
Gandingan terbanyak (hero & heroine) |
:
|
Noordin Ahmad (7 filem semua Cathay Keris)
|
Berlakon bersama P. Ramlee |
:
|
“Panggilan Pulau” 1954 (pelakon pembantu), “Merana” 1954 (pelakon utama) dan “Putus Sudah Kaseh Sayang” 1971 (pelakon utama)
|
Lain – lain hero/ pelakon lelaki |
:
|
Yusof
Latiff, Ahmad Mahmud, M. Amin, Abdullah Chik,
Mustapha
Maarof, S
Roomai Noor, Ghazali Sumantri, Ahmad
Osman dan S Azam
|
Berlakon bersama dengan seniwati popular lain |
:
|
Normadiah
(“Empat Isteri” 1955, “Putera Bertopeng” 1957), Sa’adiah (“Kerana Kau” 1953
dan “Insan” 1955), Siput Serawak (banyak, dengan Siput pegang watak jahat),
Maria Menado (“Selendang Delima” 1958, ) Roseyatimah (“Jalak Lenteng”,
“Lanchang Kuning”, “Chuchu Datok Merah” dan “Rumah Itu Dunia Aku”)
|
Tak pernah berganding dgn seniman berikut |
:
|
Osman
Gumanti, Jins Shamsudin, Aziz Jaafar, Ali Rahman, Ed Osmera
|
Tak pernah berlakon sekali dengan seniwati berikut Watak yang selalu dilakonkan Contoh pelakon lain yang sama karakter |
:
: : |
Kasma
Booty, Rokiah Jaafar, Zaiton, Hashimah Yon, Dayang Sofiah, Salmah
Ahmad, Sarimah, Suraya , Noor Azizah dan S Noni.
Kebanyakan watak perempuan yang baik (protagonis), gadis malang serta bergelumang dengan air mata. Ini adalah speciality latifah omar kerana berwajah “Innocence”. Neng Yatimah, Rosnani Jamil & Hashimah Yon |
Filem dan lakonan jadi ingatan penonton |
:
|
Bawang
Merah dari filem “Bawang Puteh Bawang
Merah” 1959 arahan S Roomai
Noor keluaran Cathay Keris Film.
Bawang Merah |
Filem ada kontroversi |
:
|
“Panggilan Pulau” 1954 kerana berpakaian ala
Hawaii dan sexy. Juga “Putera Bertopeng” 1957 kerana nama tiada
tertulis di credit title walau pegang watak utama.
|
Watak Jahat (antagonis)
|
:
|
Tiada, semuanya watak baik (protagonis) & hampir semuanya
sebagai heroine
|
Pelakon lelaki watak jahat (antagonis) |
:
|
Haji
Arshad, Malik Selamat, A.Rahim dan Mahmud June.
|
Pelakon wanita watak jahat (antagonis) |
:
|
Siti
Tg. Perak, Siput Sarawak dan Umi Kalthum.
#1 “most wanted and hated” |
Pelakon lawak
|
:
|
Banyak
dengan Wahid Satay dan jadi pelakon utama bersama dalam filem “Che Mamat Parang Tumpol” 1960 dan “Chelorong
Cheloreng” 1962
|
Lain lain
|
:
|
Menjadi
pelakon utama sebagai heroine semua filem awal arahan Noordin Ahmad;
Menjadi pelakon utama filem pertama arahan
M. Amin yang jadi “Box Office”;
“Lanchang
Kuning” 1962, juga “Hang Jebat” 1961 arahan pertama Hussain Haniff;
Bernasib
baik tidak menaiki kapalterbang yang sama yang mengorbankan Jutawan & Boss Cathay Loke Wan Tho
semasa Festival Filem Asia di Taipei 1964;
|
Menyanyi
|
:
|
Tiada
(tak pandai menyanyi kata Datin Umi Kalthum)
tapi gaya menyanyi ada contoh filem
“Sumpitan Rachun” 1961 & “Putus
Sudah Kaseh Sayang” 1971
Sebagai Rokiah, menyanyi di kelab joget Happy World |
Penyanyi Latar
|
:
|
Normadiah,
Saloma, Kamariah Nor, Siti Mariam, Rosiah Chik, Rafeah Buang
|
Lagu popular |
: |
Gurindam Jiwa, Perigi Biru, Laju-laju buaiku laju. Rintihan Kamaruzaman, Sri Tambak , Dewa Dewi, Dewi Malam, Jalak Lenteng, Menanti, Mak Inang Melayu, Bila Tiba Masa & Masa Yang Bahagia. Makan Sireh, Tak Munkin, Medley Bunga Bakawali, Anggerek Desa & Rumba Gembira Gurindam mengikat hati dan jiwa |
Menari
|
:
|
Ada, “Lanchang Kuning” 1962 (Tarian Bentan Telani, Tarian
Olek Raja) & “Gul Bakawali” 1963
(Medley lagu Gul Bakawali). Menari ala “a go go” filem Chinta Kaseh Sayang 1965
Telani sedang
bergaya dengan
menari tarian “olek raja” |
Filem di Merdeka Studio |
:
|
1
saja, “Putus Sudah Kaseh Sayang” 1971
arahan Tan Sri P.Ramlee
|
Filem terakhir
|
:
|
“Hati Batu” 1973 arahan M. Amin
|
Studio terakhir |
: |
Cathay Keris Film, Singapura |
Filem Color
|
:
|
Tiada
|
Berlakon dengan filem asing |
:
|
Tiada
|
Berlakon dalam drama atau TV |
:
|
Tiada
|
Jumlah filem
Senarai filem |
:
: |
35
filem, 26 Cathay-Keris, 8 Malay Film Productions, 1 Merdeka Film
Sila KLIK disini untuk pergi ke paparan tersebut. |
Anugerah
Lain-lain |
:
: |
Pelakon
Veteran Wanita (Festival Filem Malaysia #14, Ipoh) Nov 1999;
Bintang
Lagenda Klasik 2009 (Festival Filem Malaysia #22, Kota Kinabalu).
Ibunya Rahmah Kassim juga seorang pelakon di Keris Film yang mendedahkan dia ke dunia filem sejak kecil. |
Terkini
|
:
|
2012,
mula berlakon semula selepas hampir 40 tahun
meninggalkan dunia filem. Tajuk filem, tele-movie 50/50
|
Nota:
Mula berlakon 1953 | Filem terakhir 1973 (lakonan 1972) | Jumlah filem, 35 | Cathay-Keris, 26 | Malay Film Productions, 8 | Merdeka Film, 1 | Pelakon Utama : 31 | Pelakon Pembantu : 1 | Pelakon Tambahan : 3
Sila KLIK disini untuk pergi ke paparan tersebut.
3. FAKTA : WATAK LAKONAN
CIRI-CIRI WATAK YANG SELALU DIBAWA OLEHNYA SECARA BERKESAN ADALAH :
“Kebanyakan watak perempuan yang baik (protagonis), gadis malang serta bergelumang dengan air mata”.
Keris Film Production
Filem pertama, pelakon tambahan (kanan, duduk & nampak separuh kepalanya sahaja) sebagai rakan sekolah kepada heroine filem ini "Dahlia" lakonan Norsiah Yem (kiri, berdiri).
Malay Film Productions (MFP)
2. Kerana Kau (1953) - S.R.S. Sastry
Filem pertama di Malay Film Production (MFP) sebagai pelakon tambahan. Heroinenya Mariam Rahim.
3. Panggilan Pulau (1954) - S.Ramanathan
– MELATI, anak gadis penghulu Pulau Kazambo yang
akhirnya Zul (hero, P.Ramlee) kembali semula kepadanya bila kekasihnya
(Normadiah) berkahwin lain.
4. Merana (1954) - B.N.Rao
– AMINAH,
anak Cikgu Tahir gadis kampong
orang kebanyakan pilihan hero (Amir-P.
Ramlee) tapi kurang digemarinya oleh Ibunya (Siti Tg. Perak) yang mahukan dia berkahwin dengan sepupunya pula
(Mariani). Hidupnya kemudian terseksa oleh mertuanya. Kehilangannya pula menyebabkan Amir juga merana.
5. Insan (1955) - K.M.Basker
– No Info. (Saadiah jadi Heroine pertama). Watak yang dibawa oleh Latifah agak terpinggir kerana dibayangi oleh seniwati Saadiah.
6. Empat Isteri (1955) - B.S.Rajhans
– Isteri Ketga Daeng Idris yang ada 4 Isteri (Normadiah (pertama), Saloma, (kedua) dan Mariani (keempat). Mereka semua asyik berkelahi saja.
7. Bernoda (1956) - S.Ramanathan
– No. Info. (sebagai heroine bergandingan dengan Yusoff Latif sebagai heronya pula).
8. Menyerah
(1956) - K.M.Basker
– ROHAYAH
anak yatim yang dihalau keluar
oleh bapa saudaranya tapi dicintai pula oleh seorang Penyeludup dan banduan
buruan Polis, Mustapha (Yusof Latiff) kerana
ingin membalas budi menolongnya semasa dia diburu Polis dahulu. Siput Serawak
juga turut berlakon sebagai ketua penyeludup, Eloine dan cuba mengoda Mustapha supayameninggalkan Rohayah.
– WAN DALILAH, anak Orang Kaya bercinta dengan Anak Raja (Tengku Ali – Ahmad Mahmud) tetapi juga di minati oleh bapa saudaranya Tengku Kamaruddin (Haji Mahadi) yang kemudian merampas kuasa dari abangnya dan cuba membunuh anak saudaranya. Dia juga menahan Wan Dalilah dan memaksanya untuk berkahwin. Tengku Ali kemudian mengetuai "kumpulan bertopeng" untuk menuntut haknya.
Cathay-Keris Film
10. Selendang Delima (1958) - K.M Basker
– PUTERI
BONGSU, Permaisuri Muda
kepada Tengku Bangsegara (Abdullah Chik) yang patuh perintah suaminya jangan
membuka peti rahsianya yang terdapat Selendang Delima (anak Puteri Sri Banian
(Maria Menado) dan Dewa Laksana (M.
Amin).
11. Serangan Orang Minyak (1958) - L Krishnan
- SOFIAH,
Isteri Inspektor Dasuki (M. Amin) yang juga jadi sasaran balas dendam Orang
Minyak (Noordin Ahmad) selain ayahnya (Sharif Medan)
12. Raden Mas (1959) - L Krishnan
– RADEN
MAS, Anak Gusti Pangeran Agong
(M. Amin) yang dibawa merantau hidup seperti rakyat biasa tanpa mengetahui asal
usulnya juga keturunan Raja (Pulau Jawa). Penderitaannya bermula bila ayahnya mengahwini Tengku Halijah (Umi Kalthum).Mereka berdua akhirnya terkorban dan dikebumikan di Temasik (Singapura dahulu).
p/s: pusara puteri raden mas ini masih ada di kaki bukit mount faber, teluk blanggah, Singapura.
p/s: pusara puteri raden mas ini masih ada di kaki bukit mount faber, teluk blanggah, Singapura.
13. Bawang Puteh Bawang Merah (1959)
– BAWANG
MERAH, Anak Yatim Piatu yang didera dan hidup
terseksa oleh Ibu Tirinya (Siti Tg. Perak) dan Anaknya Puteh (Umi Kalthum). Dia kemudian dijadikan permaisuri oleh seorang putera raja (Mustapha Maarof) yang terrpikat dengan suaranya menyanyi.
14. Che Mamat Parang Tumpol (1960) - L Krishnan
– FATIMAH, girlfriend si Mamat (Wahid Satay) di Kampung dan jadi penasihat supaya dia mengejar cita
citanya menjadi seorang Wartawan.
15. Hang Jebat (1961) - Hussain Haniff
– DANG
BARU, Dayang Datuk Bendahara yang
diselamatkan oleh Hang Jebat (Noordin Ahmad) kemudian menjadi Kekasih dan
Isterinya yang sah.
16. Sumpitan Rachun (1961) - L Krishnan
– ROKIAH, seorang Penyanyi kelab malam yang menjadi buruan Pembunuh abangnya kerana menyimpan satu rahsia penting mengenai rancangan rompakan berlian. Pembunuh mereka menggunakan sumpitan dengan anak panah beracun untuk membunuh mangsa mereka.
17. Jalak Lenteng (1961) - Salleh Ghani
–TENGKU PUTERI, anak Raja yang terpaksa meminta bantuan Jalak Lenteng (Yusof Latiff) bila dia dipaksa berkahwin dengan Megat Rambai (Mahmud June)
18. Gado-Gado (1961) - S. Roomai Noor
– menyanyi beramai ramai bersama Cathay Keris Chorus lagu “Olele”
19. Chelorong Cheloreng (1962) - S. Roomai Noor
– HARUM CHENDANA, gadis kebanyakan yang menjadi isteri pilihan Tengku Mahkota Derma Kasuma (Z. Roslee) telah dicolek oleh Raja Bintat dan anaknya Puteri Indah Seri Maharaja (Umi kalthum) untuk dijadikan umpan tapi cuba diselamatkan pula dengan bantuan Chelorong dan Cheloreng (Wahid Satay dan Zainal Gemok).
20. Lanchang Kuning (1962) - M.Amin
– TELANI, Penari di istana Raja Siak yang menjadi sasaran cinta 3 segi antara Raja (Yusoff Latiff) dan 2 orang panglimanya (Panglima Alang Yahya – Noordin Ahmad dan Panglima Ali – Haji Arshad) dengan berakhir dia dijadikan korban kapal “Lanchang Kuning” pula.
p/s: dalam pengambaran dia juga hampir terkorban bila perahu lanchang kuning tiba tiba terlepas ikatan).
21. Laila Majnun (1962) - B.N.Rao
– LAILA anak orang kaya yang bercinta dengan Qais (Noordin Ahmad) sejak kecil lagi tetapi mendapat tentangan ayahnya yang memandang harta dan darjat dan akhirnya mereka hidup menderita kerana cinta yang tidak kesampaian.
22. Chuchu Datok Merah
(1963) - M.Amin
– WAN KUNTUM, isteri Awang Janggut (Noordin Ahmad)
chuchu Datok Merah (seorang panglima yang gagah berani di Terengganu) yang
malas bekerja. Akibat kerana bermain kayu tiga dan hasad dengki seterunya mereka berdua kemudian menjadi
korban lubuk puaka pula. Akibat kerana bermain kayu tiga dengan Siti Molek (Rose Yatimah) dan hasad dengki seterunya, Long Daik (A. Rahim) mereka berdua kemudian menjadi korban lubuk puaka pula.
23. Bayangan Di Waktu Fajar (1963) - Usmar
Ismail
– SURIANY,
gadis pungutan/anak angkat yang menjadi korban perkosaan abang angkatnya (S
Roomai Noor) yang suka hidup berpoya
poya di Singapura. Dia juga dijadikan
umpan untuk membalas dendam kepada abang tirinya Salim (Rendra Karno) kerana
berebut harta pusaka ladang getah. Sebuah kisah cinta yang tragis.
– PUTERI SAHARAZAD, Tuan Puteri yang empunya Bunga Bakawali untuk mengubati mata Raja yang buta bila terpandang anaknya yang kemudian bakal menjadi suami tuan puteri itu pula.
25. Rumah itu Dunia Aku (1963) - M.Amin
– LENA, anak kelahiran seorang Babu yang kehadirannya tidak dapat diterima oleh isteri majikannnya. Bila ibunya mati dia dicemuh, didera dan kemudian dihalau keluar dari rumah yang menjadi dunianya itu oleh ibu tirinya (Siti Tg. Perak) yang masih berdendam kerana hubungan sulit ibunya itu (ibunya jadi gundik tuan rumahnya itu).
26. Kalong Kenangan (1964) - Hussain Haniff
– TENGKU MAWAR yang telah dinodai secara ilmu hitam menjadi Raja Puteri tanpa disedari ingin mengahwini anaknya sendiri (Ghazali Sumantri) yang dihanyutkan dahulu kerana tidak diketahui siapa bapanya (Haji Arshad). Kalung kenangan saja yang dapat menghuraikan mistri itu.
27. Wan Perkasa (1964) - Noordin Ahmad
– WAN SERI MAWAR, anak Wan Perkasa (M. Amin) yang cuba dikahwini oleh bapa tirinya (Malek Selamat) yang merampas kuasa selepas berkasih dengan bondanya (Siput Serawak) serta juga merancang membunuh ayah dan adiknya (Tony Kassim).
28. Kaseh Ibu (1965) - M.Amin
– HASNAH, Janda muda kematian suami yang cuba dipisahkan
dengan anak lelakinya (Bat Latiff) oleh bekas ibu mertuanya orang kaya (Siti
Tg. Perak). Penderitaannya makin bertambah bila berkahwin pula dengan seorang playboy, Jaafar (Mustapha Maarof) yang ingin mengikis wangnya pula.
29. Chinta Kaseh Sayang (1965) - Hussain Haniff
– NORMAH, seorang isteri yang selalu kesunyian dan ditinggalkan oleh suaminya (Ahmad Osman) yang sibuk melukis cuba mencari kekasih baru (Ghazali Sumantri dan Toni Kassim) bila ketiadaan suaminya yang keluar “outstation”.
30. Patong Chendana (1965) - M.Amin
– CHENDANA, puteri sumpahan yang cantik umpama patung kembali hidup semula bersama Tunggal (Noordin Ahmad) tapi dia menjadi suami yang curang dan kejam terhadap Chendana setelah dipengaruhi oleh Melati (Siput Serawak) dan Datok Buana (Malek Selamat).
31. Ikan Emas (1965) - M.Amin
– KIANTAN, gadis yang menjadi mangsa penderaan oleh ibu tiri (Siput Sarawak) dan anak perempuannya setelah kehilangan ibunya yang menjadi Ikan Emas. Dia kemudian dilamar menjadi permaisuri tetapi ibu tirinya masih berdendam dengannya dan melakukan pengkhianatan melalui ilmu hitam untuk merampas kuasa.
32. Gurindam Jiwa (1966) - M.Amin
– DAHLIA,
penderitaan seoarang isteri yang ditinggalkan oleh suaminya (Noordin Ahmad)
seorang sastrawan diraja yang cuba dipisahkan dengan kehidupan rakyat biasa.
Dalam masa yang sama juga dia juga cuba digoda oleh jiranya (Malek selamat). Nasibnya bertambah malang bila suaminya berkahwin baru pula dengan anak Datuk Bendahara.
33. Naga Tasek Chini (1966) - Noordin Ahmad
– MAYANG, gadis yang menjadi mangsa mak saudaranya telah diselamatkan oleh Makhluk Halus, membantu mereka dari sumpahan seteru mereka kemudian menjadi Naga pula bila dia terlanggar sumpah semasa cuba menyelamatkannya.
1967 - 1970
LATIFAH OMAR MENGHILANGKAN DIRI
TETAPI KEMBALI SEMULA
Merdeka Film Productions :
34. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971) - P. Ramlee
– LISDAR,
Penyanyi kelab malam yang berkongsi kaseh dengan seorang wanita yang lumpoh
anggota (Mariani) dan suamimya (P. Ramlee). Dia juga mendapat tentangan dari anaknya Rosman (Bab Mustapha) yang juga mencintai Lisdar.
Cathay-Keris Film :
35. Hati Batu (1973) - M.Amin
– ZAITON, seorang penari kabaret telah berkahwin dengan seorang anak orang kaya bernama Zainal (M Shahdan). Kerana perbezaan darjat, perkahwinan itu tidak mendapat restu bapa Zainal, Tok Musa (Saleh Melan) Bila suaminya mati dalam kemalangan jalan raya dia menjadi janda muda yang cuba dipisahkan dengan kedua dua anaknya (Ogy Ahmad Daud dan adiknya semasa kecil) oleh bekas Bapa Mertuanya yang masih berhati batu.
4. FAKTA : SENARAI PENGARAH FILEM
Dahlia 1953, Empat Isteri 1955
2. K.R.S SASTRY (Pengarah filem dari India, pengarah pertama Latifah di Malay Film Productions)
Kerana Kau 1953
3. S. RAMANATHAN (pengarah dari India, filem kedua Latifah di MFP Panggilan Pulau 1954)
Panggilan Pulau 1954, Bernoda 1955 4. B.N RAO (pengarah filem dari India, gandingan pertama P.Ramlee/Latifah Omar, Merana 1954)
Merana 1954 , Laila Majnun 1962, Gul Bakawali 1963
5. K.M BASKER (pengarah dari India)
5. K.M BASKER (pengarah dari India)
Insan 1955, Menyerah 1956, Putera Bertopeng 1957, Selendang Delima 1958
6. L. KRISHNAN (banyak mendidik Latifah menjadi pelakon popular)
Serangan Orang Minyak 1958, Raden Mas 1959, Che Mamat Parang Tumpol 1960,
Sumpitan Rachun 1961
7. S ROOMAI NOOR (membantu Latifah jadi popular melalui filem Bawang Puteh Bawang Merah)
Bawang Puteh Bawang Merah 1959, Chelorong Cheloreng 1962
8. HUSSAIN HANIFF (filem gandingan pertama Nordin Ahmad dan Latifah Omar, Hang Jebat 1961)
Hang Jebat 1961, Kalong Kenangan 1964, Chinta Kaseh Sayang 1965
9. SALLEH GHANI – nama asal Mohd Salleh Abdul Ghani (popular melalui filem Sri Mersing 1961)
Jalak Lenteng 1961
10. M. AMIN (paling banyak 7 filem & juga filem terakhirnya Hati Batu 1973)
Lanchang Kuning 1962, Chuchu Datok Merah 1963, Rumah Itu Dunia Aku 1963,
Patong Chendana 1965, Ikan Emas 1965, Gurindam Jiwa 1966, Hati Batu 1973
11 USMAR ISMAIL (pengarah dari Indonesia juga dikenali Bapak Perfileman Indonesia)
Bayangan Di Waktu Fajar 1963
12 NOORDIN AHMAD (kesemua 3 filem awalnya melibatkan Latifah saja)
Wan Perkasa 1964, Kaseh Ibu 1965, Naga Tasek Chini 1966
13 P. RAMLEE (pertama kali mengambil Latifah berlakon dibawah arahannya)
Putus Sudah Kaseh Sayang 1973
salam. terima kasih tak terhingga pada yang mewujudkan laman ini sebagai tempat peminat sejati seniwati Latifah omar mengubat rindu
ReplyDelete