INTRO

SENIWATI IMPIAN-KU



Filem Melayu Klasik






13.02 >>> TRIBUTE TO THE LEGENDARY


The STAR | Tuesday March 8, 2011
100 memorable Malaysian Women


LATIFAH OMAR as one of them
AGE: 72 (born 1939)


Known for her coy looks and the mole beside her lower lip, this black-and-white screen icon was at her peak from the 1950s to the 1970s.

Many of her films are still held as classics today, such as Gurindam Jiwa and Hang Jebat, but she is most associated with the 1959 classic Bawang Puteh, Bawang Merah movie.


ed.LO-kfc@2012            







MALAY BEAUTY SENIWATI LATIFFAH OMAR










RINGKASAN KERJAYA (KAREER PERFILEMAN) :

Secara ringkas, filem pertama bermula di Keris Film Productions (asal Rimau Film) kepunyaan pengusaha Ho Ah Loke ketika ia berusia 14 tahun. Dalam filem “Dahlia” 1953 arahan pengarah dari India B. S. Rajhans dia hanya memegang watak kecil saja sebagai pelakon tambahan berwatak rakan sekolah Dahlia yang dilakonkan oleh Norsiah Yem. Kerana mempunyai rupa yang cantik diserikan pula dengan tahi lalat disebelah kiri bibir walaupun belum boleh berlakon dengan baik dia diterima pula berlakon di Shaw Brothers Malay Film Productions Jalan Ampas.


OH.. MELATI, INDAH BERSERI












Gambar Latifah yang berpakaian sexy ala Hawaii yang mengundang kontroversi dalam filem keduanya di MFP Panggilan Pulau 1954. Ketika itu umurnya  baru remaja 15 tahun.

Filem pertamanya disana bermula filem “Kerana Kau” 19534 sebagai pelakon tambahan juga sebelum pengarah filem S Ramanathan dengan sokongan P. Ramlee mempopularkan namanya dalam filem “Panggilan Pulau” 1954 . Dia berlakon bersama dengan nama besar seperti P. Ramlee, Normadiah, Yusof Latiff dan Noordin Ahmad.  Mulanya hanya memegang watak pembantu (heroine kedua) tetapi telah diberi peluang memegang watak utama sebagai heroine pula bergandingan dengan P. Ramlee  dalam filem “Merana” 1954 arahan B. N.Rao.



MASA YANG BAHAGIA









“masa yang bahagia, kita akan merasa bila kita bersama”.

Gandingan dengan P. Ramlee dalam filem “Merana” ini telah mempercepatkan lagi popularitinya.


Selepas mengukir nama setanding dengan seniwati popular lain tiba tiba popularitinya agak terpinggir sekejap hinggalah bila berlakon dalam filem “Bernoda & Menyerah” 1956 dan yang terakhir disana “Putera Bertopeng” 1957 namanya meningkat sedikit. . Itu pun namanya tidak tercatit di credit title filem atas campurtangan Pihak Pengurusan MFP. Sebabnya kurang pasti tapi para penonton tetap mengenalinya kerana masih terpandang tahi lalat di bibir kirinya itu.


KONTROVERSI :  DIKAULAH SAJA PILEHAN JIWA KU



Kontroversi :  heroine filem “Putera Bertopeng” Latifah Omar bukan dipulau oleh para penonton tapi oleh Pengeluar Filem tersebut. Namanya dikeluarkan dari credit title filem. Cinema Malaysia juga tidak menyenaraikan tajuk filem ini  dalam senarai filem lakonannya.

Mungkin kerana banyak mendapat saingan yang kuat dari seniwati lain terutama Saadiah, Zaiton dan  yang termuda Hashimah Yon serta tidak lagi mendapat tumpuan dari P. Ramlee, dia kemudian berpindah ke Cathay Keris Film pula melalui filem” Selendang Delima” 1958. Dia mula mengukir nama pula melalui filem “Serangan Orang Minyak” 1958  diikuti  dengan filem “Raden Mas” dan “Bawang Puteh Bawang Merah” 1959. 


LAJU-LAJU BUAIKU LAJU…..









laju-laju buaiku laju…..hati ku ingin hidup gemilang… begitulah juga nasib Latiffah, lebih gemilang di Cathay-Keris pula  dari di Jalan Ampas. Popularitinya tiba tiba melambung tinggi selepas filem ini. Tarikan utama adalah kecantikan dan wataknya yang lemah lembut, berpakaian agak seksi serta suara yang cukup merdu.


Tanpa menoleh kebelakang dia terus popular seiring dengan populariti Maria Menado yang terkenal sebagai Pelakon Pontianak. Popularitinya terus meningkat lagi bila dia bergandingan pula dengan Noordin Ahmad dalam filem “Hang Jebat” 1961.  Kemudian “Lanchang Kuning” (box-office),  Laila Majnun” 1962,  “Chuchu Datok Merah” 1963 dan beberapa filem lain lagi. 


SERIBU TAHUN KEMBALI JUGA















seribu tahun kembali juga”, potret yang tetap hidup serta menjadi kenangan abadi hingga ke hari ini.


Kemuncak gandingan mereka adalah filem  Gurindam Jiwa” 1966 arahan M. Amin. Tidak cukup dengan itu dia berlakon juga dibawah arahan Noordin Ahmad dalam  filem “Wan Perkasa” 1964, “Kaseh Ibu” 1965 dan “Naga Tasek Chini” 1966 sebagai filem terakhirnya sebelum menghilangkan diri munkin atas sebab peribadi walaupun sudah berada di kemuncaknya.


ASSALAM-MUALAIKUM







Assalam-mualaikum tanya hati. Bahagia kembali berlakon bersama P. Ramlee lagi sesudah 17 tahun terputus kaseh sayang antara mereka selepas filem “Merana” 1954.







Bukan 1000 tahun tapi hanya 3 tahun saja dia kembali semula dalam filem Putus Sudah Kaseh Sayang” arahan dan lakonan P. Ramlee pada tahun 1971 keluaran Merdeka Film pula. Dia juga kembali ke Cathay Keris dalam filem “Hati Batu” 1972 arahan M. Amin. Bagaimanapun filem ini adalah filem terakhir Cathay Keris yang ditayangkan pada tahun 1973 sebelum Cathay Keris menutup tirai. Seperti juga Cathay Keris, Latifah juga menutup tirai pembabitannya dalam dunia lakonan filem dan terus bersara hingga sekarang.     




WAJAH TERAKHIR                                                                                         








kali terakhir ku lihat wajahmu”. Wajah Latifah bersama Ratno Timoer (wakil Indonesia) dan Dayang Sofia di Festival Filem Asia Pasifik, Singapura 1973. Inilah wajah terakhirnya sebagai seorang bintang filem sebelum terus bersara dari berlakon. 










               








Di studio inilah Latiffah bermula dan juga menamatkan kareer perfilemanya selama 16 tahun. 

Berlakon 35 buah filem bermula filem “Dahlia” 1953 dan berakhir filem “Hati Batu” 1973.













DI SHAW BROTHERS MALAY FILM PRODUCTIONS ATAU STUDIO JALAN AMPAS INI BERMULANYA KAREER LAKONAN FILEM LATIFAH KE PERINGKAT YANG LEBIH ATAS SEBAGAI PRIMADONA FILEM MELAYU.

















Gandingannya bersama P. Ramlee dalam filem “Merana” 1954 arahan B. N. Rao dengan sekelip mata saja dapat mempopulerkan nama Latifah Omar di Dunia Perfileman Melayu dan ini telah membariskan dirinya setanding dengan Primadona dan Seniwati Seniwati terdahulu yang sudah popular dan disanjungi oleh ramai penonton.

Pemalu & mudah menangis  itulah keperibadian Latifah yang sebenar. Walaupun begitu dia adalah seorang seniwati yang periang dan mudah ketawa.

Tapi bintang yang secara tiba tiba menyinar itu tidak dapat bertahan lama dan kemudian seperti dipinggirkan pula untuk buat seketika. Entah apa yang tidak kena dia kurang pula diberi watak utama terutama sebagai heroine . Hanya diakhir kareernya di Malay Film Productions (MFP) baru dia diberi semula watak utama tetapi sudah agak terlambat kerana dia sudah bertekad berpindah ke Cathay-Keris Film Productions untuk meneruskan kareernya di sana pula pada tahun 1958. Anehnya kemasukannya ke Cathay-Keris agak lewat bermula dengan filem “Selendang Delima” 1958. Itu pun watak yang di beri agak terpinggir, kira heroine kedua saja.




POPULARITI LATIFAH LEBIH CEMERLANG SEMASA DI CATHAY KERIS DARI DI MALAY FILM PRODUCTIONS. KETIGA-TIGA FILEM INI PULA TELAH MENGEMBALIKAN SEMULA NAMA LATIFAH DI DUNIA FILEM MELAYU.


DIA KEKAL MEMEGANG WATAK UTAMA SEBAGAI HEROINE KESEMUA FILEM LAKONANNYA DI CATHAY KERIS HINGGA DIA BERSARA DARI BERLAKON PADA TAHUN 1972. 






GANDINGAN NOORDIN & LATIFAH TELAH MEMPOPULERKAN LAGI NAMANYA

(MEREKA BERDUA KEMUDIANNYA MENJADI IKON “SCREEN PARTNER” TERBAIK SEMASA ZAMA GEMILANG FILEM-FILEM MELAYU)

  





HANG JEBAT 1961  
(Hussain Haniff)







LANCHANG KUNING  
1962  
(M. Amin)



















LAILA MAJNUN  
1962  
(B. N. Rao)





CHUCHU DATOK MERAH  
1963  
(M. Amin)













PATONG CHENDANA  
1965 
(M. Amin)











GURINDAM JIWA  
1966
(M. Amin)







GANDINGAN MEREKA BERDUA INI MERUPAKAN SATU GANDINGAN TERBAIK PERNAH TERCIPTA DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN FILEM MELAYU

MEREKA ADALAH IKON ZAMAN GEMILANG FILEM MELAYU

No comments:

Post a Comment